We Accept Dinar & Dirham

Kami hanya menerima Dinar & Dirham KGT sahaja. Sila call/sms untuk mengetahui harga KHAL dalam Dirham.

Sunday, April 3, 2011

Rahsia Kelebihan Amalan KHAL Oleh Orang Arab

Rahsia Kelebihan Amalan KHAL Oleh Orang Arab, Satu Pengalaman Aneh Melihat "Orang Arab Dapat Makan Kambing Panggang Seekor, Untuk Dua Tiga Orang".


Bermula dari tahun 1983, semasa saya menuntut di universiti Al-Azhar di Mesir, saya selalu berfikir dan menyelidik tentang rahsia perubatan Islam. Saya mendapati penggunaan herba untuk kesihatan badan sangat meluas digunakan di negara Mesir. Dapat dibuat perbandingan dengan negara kita Malaysia dengan kadar sepuluh kali ganda banyaknya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kedai-kedai herba yang terlalu banyak di Mesir dan kandungan herba yang berbagai-bagai jenis untuk perubatan yang bermacam-macam. Ini jelas terbukti bahawa tamadun perubatan Islam sudah lama bertapak serta diamalkan dengan kita melihat pula kitab-kitab perubatan Islam terlalu banyak, berjilid-jilid, dalam saiz yang besar dan tebal. Boleh dikatakan Khazanah Perubatan Islam ini terlalu besar dan terlalu kerdil untuk saya perkatakan.

Saya mengkaji rahsia dan kaedah makanan orang Arab di Mesir. Saya mendapati masyarakat Arab dalam cara pemakanan mereka sangat berbeza dengan masyarakat di Malaysia, mereka memakan sayur-sayuran yang tidak dimasak (mentah), banyak meminum jus buah-buahan dan yang penting sekali yang hendak saya nyatakan di sini ialah mereka banyak memakan jeruk buah timun, lobak merah (carrot), ubi lobak putih yang dijeruk dengan KHAL dalam makanan mereka. Mereka juga banyak meminum KHAL yang dicampurkan dengan madu lebah. SEjak dahulu lagi saya mendapati orang Arab makan dalam kuantiti yang banyak, dan yang anehnya saya melihat "seekor kambing yang dipanggang, dimakan habis untuk dua, tiga orang sahaja" tanpa mereka takut terkena darah tinggi, kolestrol, obesiti, kencing manis dan sebagainya. Inilah rahsia yang hendak diperkatakan di sini. Sememangnya memakan daging kambing dalam jumlah yang banyak adalah perkara biasa bagi masyarakat Arab tetapi ia amat berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Peristiwa memakan daging kambing tersebut boleh dirujuk kepada sesiapa yang pernah tinggal di negara Arab dan juga jemaah haji serta yang pernah melancong ke negara arab.

Sejak awal tahun 1983, saya cuba mencari jawapan, kaedah dan cara amalan permakanan masyarakat Arab. Hal ini kerana mereka jarang menghidapi penyakit akibat daripada cara pemakanan mereka sebaliknya mereka hidup sihat dan panjang umur.

Pada tahun 2004, saya pergi ke Mesir untuk membuat kajian yang lebih mendalam tentang perubatan Islam di sana khususnya tentang herba-herba, kaedah dan cara. Saya mendapat rahsia bagaimana dua tiga orang Arab boleh memakan seekor kambing panggang adalah kerana mereka mengamalkan KHAL. Ini disebabkan oleh sifat KHAL yang dapat memotong lemak, kolestrol, asid dan segala racun yang boleh melemahkan organ badan yang akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolestrol, diabetes, obesiti (gemuk) dan yang seumpamanya.

Saya belajar sendiri cara untuk membuat KHAL dan herba yang sesuai dimakan bersama KHAL untuk diperkenalkan kepada Masyarakat Malaysia, khususnya orang Islam  agar kesihatan kita bertambah baik sebagai persediaan awal agar terhindar daripada pelbagai penyakit. Jika kita mengamalkan KHAL, yang pentingnya kita tidak akan rugi masa, tenaga dan wang ringgit untuk selalu berjumpa dengan doktor. Kesihatan yang baik membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Inilah kebanggaan kami.

Oleh itu saya mengharapkan khususnya masyarakat islam di Malaysia agar menggunakan KHAL pada setiap hari dalam jangka masa yang lama, sebaiknya jangan diputuskan atau berhenti meminumnya kerana amalan ini diamalkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri sepertimana "minuman kesihatan sunnah Nabi-nabi" dalam  keterangan dan gesaan Baginda saw dalam hadis-hadis yang ditulis dalm risalah ini. Begitu juga gesaan ulama' perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka, serta disokong juga oleh perubatan moden Barat, China, Jepun, India dan sebagainya. Amalan meminum KHAL oleh orang-orang Arab sehingga ke hari ini menjadi bukti kepada kita bahawa warisan perubatan ini adalah lanjutan daripada perubatan Nabi saw.


KHAL ini amat berkesan sehingga berubah menjadi tabiat buruk orang Arab iaitu makan terlalu banyak seperti tabiat mereka memakan seekor kambing hanya untuk dua tiga orang sahaja. Amalan seperti ini sememangnya tidak baik dalam Islam tetapi mereka berani berbuat demikian kerana mereka meminum KHAL, dijadikan amalan harian mereka. Inilah rahsia KHAL terutamanya KHAL tamar kerana ia lebih berkesan daripada KHAL yang lain, kerana tamar mengandungi khasiat yang sangat tinggi dalam perubatan Islam dan menjadi amalan Nabi saw, serta gesaan Baginda untuk memakan buah kurma pada setiap hari, sekurang-kurangnya tujuh biji. keistimewaa tamar dapat dirujuk dalam risalah ringkas ini.

No comments:

Post a Comment