We Accept Dinar & Dirham

Kami hanya menerima Dinar & Dirham KGT sahaja. Sila call/sms untuk mengetahui harga KHAL dalam Dirham.

Sunday, April 3, 2011

Keterangan Kandungan dan Cara Pengambilan KHAL

KHAL Tamar Plus ini terdiri daripada :

  1. Suatu botol yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran. isi kandungannya satu liter. Tujuan kami bekalkan satu liter pada kadar yang banyak ini adalah untuk diminum selama satu bulan mengikut kaedah yang dicadangkan dalm kitab-kitab perubatan Islam supaya dapat mengubati penyakit sedikit demi sedikit pada kaedah yang betul dalm perubatan herba.
  2. Satu bekas herba-herba pilihan yang terdiri daripada empat belas bahan dari Khazanah Perubatan Islam untuk mengubati penyakit kronik sepertimana yang tertulis pada bab "Khasiat dan Kebaikan KHAL" dalam risalah ini.
Cara Menyediakan / Cara Makan

KHAL boleh diminum dalam dua cara :

  1. Cara Pertama : Ambil 15ml (2 sudu besar) KHAL, dicampur dengan 1 sudu kecil (sudu teh) herba dan diminum.         
  2. Cara Kedua : Masukkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas KHAL, digoncang hingga sebati dan minum sebanyak 15ml (2 sudu besar).

Perhatian : Sekiranya anda memilih cara kedua iaitu memasukkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas KHAL, cara ini menurut pengalaman kami, akan berlaku sedikit perubahan semula jadi iaitu kelihatan bertali atau sedikit berlendir kerna tindak balas herba tersebut dengan KHAL. Walaupun demikian, KHAL itu tidak basi atau rosak kerana sifat KHAL sememangnya sebagai bahan pengawet semula jadi untuk mengelakkan makanan menjadi basi. Cara ini lebih baik, mudah dan senang. Setiap kali diminum, hendaklah digoncang hingga sebati campuran KHAL dan herba tersebut.

     - Minum dua kali sehari, pagi dan malam selepas makan.
  • Untuk mengelakkan rasa KHAL yang agak masam, anda bolehlah mencampurkannya dengan madu atau sebarang minuman (teh 'O' dan sebagainya). Disebabkan rasa KHAL yang agak masam, dinasihatkan supaya minum dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.
  • Kesemua bahan KHAL dan herba ini untuk diminum selama satu bulan. Minum setiap hari jangan selang.
  • Boleh diminum oleh semua golongan :
          a) Golongan mereka yang menghidapi penyakit.
          b) Golongan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan, dan
          c) Golongan kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (kadar 1/2 dewasa).
  • Sebelum minum hendaklah :
          a) Diniat supaya disembuhkan oleh Allah kesemu penyakit demi beribadat 
              serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
          b) Selawat kepada Nabi saw dan keluarganya sebanyak 3 kali.
              Kami doakan sembuh, diberkati Allah. InsyaAllah.

Minumlah untuk Kesihatan

Perniagaan Qurba Sdn Bhd yang merupakan pengusaha produk ini berusaha memenuhi kehendak KHAL yang sebenarnya menurut kaedah yang diamalkan dalam kitab-kitab perubatan Islam. Sebelum produk KHAL ini dikeluarkan mereka telah membuat penyelidikan khusus tentang cara pembuatan, kaedah, cara meminumnya serta kesannya di beberapa negara Arab yang sangat banyak mengamalkan KHAL ini. Produk KHAL keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd ini mempunyai beberapa keistimewaan dari KHAL biasa yang berada di pasaran kerana ia dibuat daripada buah tamar (kurma), dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran serta yang penting sekali kami bekalkan herba-herba terpilih demi penyembuhan yang maksimum.

Kami menyeru kepada seluruh masyarakat islam khususnya di Malaysia supaya mengamalkan KHAL kesihatan ini kerana amalan meminum KHAL merupakan "amalan minuman kesihatan Sunnah Nabi-nabi", dipraktikkan sejak zaman nabi-nabi terdahulu lagi sehinggalah sampai kepada Nabi Muhammad saw, diteruskan oleh Ulama' Perubatan Islam hingga ke hari ini. Semoga dengan sokongan semua umat Islam di Malaysia maka kita dapatlah memartabatkan kembali "Khazanah perubatan Islam" di Malaysia kerana khazanah ini amat besar nilainya seiring dengan Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang menyeluruh termasuklah juga soal kesihatan badan.

Tanggapan Salah Masyarakat Tentang KHAL

Tanggapan salah pertama :
KHAL yang berkualiti lazimnya mengandungi lapisan berkabus yang terkandung dalam cecair KHAL. Lapisan berkabus yang dikenali sebagai "Mother of Vinegar" ini merujuk kepada pengumpulan lapisan yang nampak seperti kotoran yang terbentuk dalam KHAL. Ini  adalah proses biasa yang berlaku kerana sel-sel yis yang bertindak semasa penukaran dari jus buah tamar daripada KHAL. bagi sesetengah masyarakat yang tidak mengetahui, mereka akan menolak lapisan seperti kotoran atau keladak yang nampak di dalam botol tersebut. Sebenarnya "lapisan kotoran atau berkeladak" inilah yang menjadi penentut bahawa cuka yang dibeli adalah tulen dan berkualiti. jadi KHAL Tamar yang Perniagaan Qurba hasilkan ini berlaku proses yang disebut di atas, nampak seperti kotoran yang berkeladak kerana keladak ini tidak dapat dipisah walaupun disuling dengan halus kerana ia sememangnya proses biasa yang berlaku kepada KHAL. Pihak kami pula tidak mahu memasukkan sebarang bahan kimia untuk menghilangkan  bahan tersebut.

Tanggapan salah kedua :
Ramai masyarakat menganggap, kenapa saya perlu meminum KHAL yang masam rasanya kerana akan menambahkan masalah gastrik atau penyakit usus di perut? Tanggapan ini sebenarnya salah, kerana KHAL bukan menyebabkan gastrik, atau penyakit usus kerana KHAL adalah ejen  pembersih organ badan kerana proses fermentasi KHAL daripada jus buah kurma menjadi alkohol kemudian menjadi asid asetat seterusnya menjadi KHAL yang sememangnya rasanya masam seperti cuka. Sebenarnya ia bukanlah cuka biasa yang dibuat masakan makanan tetapi KHAL adalah bersifat asidik pada rasa tetapi tidak membahayakan tubuh badan. KHAL adalah minuman kesihatan beralkali yang dapat mengimbangkan kandungan asid dalam badan manusia serta mengendalikan keseimbangan pH, mengurangkan kadar toksik dalam badan dengan menukarkannya kepada kompaun asetat yang kurang bertoksik.

Adakah KHAL Membawa kesan Sampingan

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi saw sebelum ini bahawa Baginda menjelaskan bahawa (Maksudnya) "dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah" (Hadis sahih riwayat Ibnu Majah 3318). Hadis ini membawa maksud Rasulullah saw menyeru agar sentiasa meminum KHAL jangan diputuskan pada setiap hari. Ahli perubatan Islam menyatakan KHAL adaalah makanan yang baik kerana ia bersifat neutral (kembali kepada asal secara semulajadi) serta membuang segalah yang tidak diperlukan oleh badan seperti garam, gula, asid, kolestrol yang berlebihan dan sebagainya.

Kitab perubatan Islam menyatakan KHAL bersifat menyejukkan badan serta mengeluarkan panas dalam badan. Oleh itu, pada awal meminum KHAL, seseorang itu akan membuang air kencing yang lebih sedikit daripada kebiasaan.. KHAL boleh diambil bersama dengan ubatan yang lain, contohnya mereka yang sedang mengambil ubat-ubat kimia seperti untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan sebagainya. KHAL tidak memberi kesan sampingan kerana KHAL bersifat makanan kesihatan. Bagi mereka yang ingin meminum KHAL bersama dengan ubatan yang lain, sebaiknya diselang mata antara 2 hingga 3 jam di antara ubat-ubat kimia dan KHAL.

Rahsia Kejadian Insan Ciptaan Allah dan Peranan KHAL

Allah menciptakan insan dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya. Manusia dari saripati tanah, dari setitis air mani, bertukar menjadi segumpal darah, bertukar menjadi daging dan tulang, kemudian menjadi insan yang sempurna dan sangat unik. Tubuh insan dan anggota organ dalam badan manusia menjalankan tugas yang sangat sempurna dan unik. Banyak daripada rahsia ciptaan Allah ke atas manusia yang belum dapat diketahui secara jelas oleh parapengkaji atau penyelidik terutamanya ahli-ahli perubatan pada masa sekarang. Buktinya sehingga ke hari ini ahli perubatan tidak pernah berhenti mengkaji serta menyelidik biologi manusia bagi tujuan penyakit dan penyembuhan penyakit. Secara pastinya, kajian ini tidak akan berhenti hingga ke akhir zaman.

Oleh kerana kejadian insan ciptaan Allah mempunyai rahsia-rahsia yang sangat luas, termasuklah rahsia penyakit dan penyembuhan, maka amalan meminum KHAL adalah satu rahsia yang diberitakan oleh Nabi saw melalui wahyu Allah kepada kita untuk diamalkan KHAL sebagai makanan kesihatan setiap hari (Rujuk hadis sebelum ini). Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa KHAL adalah jawapan kepada rahsia ciptaan Allah kepada insan berhubung dengan penyakit dan kesembuhan. KHAL diamalkan sejak nabi-nabi terdahulu, sampailah kepada nabi kita Muhammad saw hingga ke hari ini. Oleh itu kita lihat para nabi diberi oleh Allah kepada mereka kesihatan yang sangat baik. Begitu juga orang-orang terdahulu termasuklah ulama'-ulama' khususnya ulama' perubatan Islam, mereka dikurniakan umur yang panjang, dapat menjalankan urusan hidup dengan sempurna serta badan dan otak yang cergas hingga ke akhir hayat hidup mereka. Inilah rahsia atau kelebihan amalan memakan KHAL seperti yang dinyatakan dalam kitab-kitab perubatan Islam.

Sejak Bila Bermulanya Penyakit-penyakit Kronik di Tubuh Anda?

Menurut kenyataan kitab-kitab perubatan Islam, kami mendapatibahawa penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, obesiti, gout, dan sebagainya merupakan penyakit yang timbul secara sedikit demi sedikit, bukan secara segera. Kesemua penyakit kronik ini bermula apabila seseorang itu menigkat umur 30an. Pada umur 40an, penyakit kronik ini mula nampak secara semakin jelas. Sesetengah daripada mereka sudah dihinggapi seperti darah tinggi dan kencing manis. Pada sesetengah orang pula, dapat dikesan pada umur 50an dan setengah daripada yang lain jelas kelihatan pada usia 60an. Memahami hakikat ini, kitab perubatan Islam menyatakan mereka yang mengambil KHAL (cuka buah tamar)sejak dari awal dan dijadikan sebagai makanan kesihatan secara berterusan dapat menghindarkan daripada cepat terkena penyakit-penyakit kronik yang disebutkan tadi. Ini adalah kerana KHAL dapat menstabilkan atau mengurangkan risiko daripada lebihan makanan seperti lebihan lemak, lebihan garam, lebihan gula, lebihan asid, lebihan racun dalam badan, dan sebagainya yang boleh membawa penyakit kronik yang berbagai-bagai. Khal Tamar Plus dicadangkan menjadi makanan kesihatan harian sepertimana yang dinyatakan daripada hadis nabi yang disebutkan sebelum ini,

(Maksudnya) "Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah"

(Hadis sahih Ibnu Majah, 3318)

Khasiat dan Kelebihan KHAL

Khasiat dan kelebihan KHAL yang kami senaraikan di bawah ini adalah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab-kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud, dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad  saw hingga ke hari ini. KHAL adalah "minuman kesihatan Sunnah Nabi-nabi". bukan satu penemuan atau kajian baru seperti sesetengah makanan kesiahatan yang lain.


(Keterangan lanjut Khasiat KHAL, sila rujuk dalam Kitab-kitab Perubatan Islam dalam bab KHAL yang kami senaraikan di akhir risalah kecil ini)

Di antara khasiat KHAL ialah :
  1. Menurunkan kandungan gula dalam darah, serta mengekalkan darah pada tahap yang konsisten dan menurunkan darah tinggi.
  2. Membuang kolestrol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, mambaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
  3. Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti) bagi mengelak daripada terjadinya penyakit kencing manis. KHAL juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak yang mengalami obesiti (kanak-kanak belasan tahun).
  4. Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asic dalam badan dan dapat merawat masalah gout.
  5. Awet muda, membentuk badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, dan mengurangkan lemak di perut. Kulit kelihatan sihat, melegakan kulit ynag kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit,
  6. Membantu mengatasi masalah sembelit, terjadinya buasir, menstabilkan air kencing, mencuci bunag pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas bagi lelaki dan perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (E-Coli).
  7. mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu.
  8. Membantu serta ,encegah masalah kuman dan bakteriadari organ organ terutamanya di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (masalah tunang).
  9. Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong, saringitis, menguatkan gigi, gusi dan kuman (bakteria) di mulut.
  10. Membantu serta merawat pesakit asma, selsema, batuk yang berpanjangan dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.
  11. Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan dan memulihkan tenaga.
  12. Mencegah masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak.

Kenapa KHAL Dicampur Dengan Madu?

Produk KHAL keluaran Perniagaan Qurba mencampurkan madu lebah asli dari negara Islam Iran kerana beberapa sebab, di antaranya :
  1. Terdapat saranan atau suruhan yang banyk dalam kitab-kitab perubatan Islam supaya KHAL baik dimakan bersama madu. Hal ini tidak bertentangan dengan kaedah perubatan yang dicadangkan.
  2. Campuran madu dan KHAL dapat menstabilkan rasa yang sedap diminum kerana KHAL bersifat masam dan madu bersifat manis.
  3. Kedua-dua madu dan KHAL adalah dua bahan yang bersifat pemangkin kepada ketahanan produk ini daripada rosak, basi, berkulat dan sebagainya.
  4. Campuran KHAL bersama madu asli akan memenuhi keberkesanan yang maksimum untuk kesihatan badan serta dapat mengatasi dan merawat pelbagai masalah penyakit manusia.
  5. Paling penting madu sendiri memang sudah dikenali umum dalam semua bentuk tamadun perubatan di dunia sebagai bahan perubatan yang sangat baik. secara ringkasnya kami mencatatkan kelebihan madu dalam perubatan Islam, antaranya :
  • Madu adalah ubat yang turun bersama wahyu dalam Al-Quran terdapat surah khas tentang madu lebah iaitu Surah Al-Nahl.
  • Penegasan dari Allah SWT dalam Al-Quran bahawa madu lebah adalah penawar, pengubat, dan penyembuh kepada penyakit manusia. Maksud Al-Quran, surah Al-Nahl, ayat 65-69 maksudnya,
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dan dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuh penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran  Tuhan bagi orang yang memikirkannya."
  • Terdapat khasiat yang terlalu banyak pada madu lebah sepertimana dalam kitab perubatan Islam dan moden. Di antarnya dalam kandungan mdu terdapat banyak vitamin seperti vitamin A, D, E, K, B1, B4, B5, dan C. Semua vitamin yang disebut ini sangat berguna untuk tubuh badan. Kami tidak menghuraikan setiap satu kegunaan vitamin tersebut untuk tubuh badan kerana akan menjadikan risalah ringkas ini terlalu panjang.
Secara ringkasnya campuran KHAL bersama madu asli diharpakan dapat memenuhi kehendak Khazanah perubatan Islam. Diharapkan  produk yang pihak Qurba pasarkan ini membantu umat Islam khususnya di Malaysia dami kehidupan yang sempurna di dunia dan juga di akhirat.

Kenapa KHAL Perlu Dimakan Bersama Herba?

KHAL boleh diminum bersendirian begiru sahaja seperti yang diamalkan oleh kebanyakkan penduduk dunia pada hari ini. Cara begini juga dapat mengekalkan kesihatan yang baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dari awal dan terhindar pelbagai jenis penyakit kronik. Begitu juga dengan KHAL yang Perniagaan Qurba pasarkan ini boleh diamalkan oleh golongan muda yang masih sihat supaya dapat mengekalkan kesihatan yang baik atau untuk mereka terutama golongan wanita yang ingin bentuk badan yang ramping serta kelihatan cantik, segar dan ceria.


Tujuan utama kami bekalkan herba-herba terpilih untuk dimakan bersama KHAL adalah supaya pengguna mendapat keberkesanan yang maksimum dan lebih cepat berkesan terutamanya pada masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, kolestrol, lemak yang berlebihan di usus perut, jantung serta mengatasi masalah gastrik, buasir dan penyakit berkaitan yang telah kami senaraikan pada tajuk "Khasiat dan Kebaikan KHAL" dalam risalah ini.

Kami memilih herba-herba tertentu untuk dimakan bersama KHAL ini adalah satu kelebihan "KHAZANAH PERUBATAN ISLAM" kepada masyarakat Islam khususnya di Malaysia kerana herba-herba ini juga sangat membantu ke arah kesihatan yang maksimum, sepertimana yang dinyatakan dalam kitab-kitab perubatan Islam. Satu perkara penting yang perlu diketahuidi sini bahawa penggunaan herba tidak menjadi masalah yang buruk kepada kesihatan badan.Herba tidak seperti pengambilanubat-ubatan moden yang menggunakan bahan kimia yang boleh membentuk kesan sampingan, sebaliknya herba tidak ada langsung kesan sampingan. Sekiranya sesuatu herba itu tidak diperlukan oleh badan maka ia akan keluar dari badan melalui proses pembuangan najis atau proses perkumuhan.

Kami mencadangkan supaya kita meminum KHAL bersama herba menurut kadar yang kami cadangkan dalam risalah ini supaya kesihatan kita bertambah baik serta kekal sihat. Seseorang  individu itu tidak sedar atau ketahui secara jelas apa yang akan berlaku terhadap kesihatan tubuh badannya dari hari ke hari, keran setiap hari kita juga memakan pelbagai makanan yang tidak sesuai dengan badan kita, yang berisiko tinggi untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit yang tidak kita ketahui. Oleh ituherba-herba ini dirumus khas untuk diminum bersama KHAL dan diharpakan ia sebagai ejen pemangkin tambahan yang berkesan untuk mencegah penyakit, agar anda memperolehi kesihatan yang maksimum dan menjadi kebanggaan kami. Sesungguhnya "mencegah itu lebih baik dari merawat" dan Nabi saw meembuat isyarat bahawa "perut adalah punca penyakit".

Kesimpulan Kebaikan Buah Tamar

Perniagaan Qurba Sdn bhd memilih uah tamar (kurma) dijadikan sebagai KHAL kerana khasiatnya yang sangat yang sangat banyak dalam perubatan Islam, tambahan  pula kajian yang kami buat di negara-negara Arab, KHAL tamar ini digunakan secara meluas. Walaupun begitu KHAL daripada buah epal, anggur, tin (fig) dan gandum juga digunakan dalam perubatan Islam.

Kebaikan buah tamar disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, maslah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan ia adalah penawar racun dalam badan yang sangat baik. (Sila rujuk kebaikan buah tamar dalam kitab-kitab perubatan islam yang kami senaraikan dalam risalah ringkas ini)

Hadis-hadis Nabi saw Tentang Buah Tamar

Terlalu banyak hadis Nabi saw tentang buah tamar, namun kami hanya mengutip secara ringkas beberapa hadis sahaja dalam risalah ringkas ini sebagai membuktikan keutamaan dan gesaan dari Rasulullah  saw supaya mengambil buah kurma kerana khasiat yang banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah ;

(Maksudnya) Terdapat di dalam hadis sahih daripada Nabi saw, "Sesiapa yang makan tujuh biji buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz : tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu".

(Dikeluarkan oleh Imam bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Hadis Nabi saw :

(Maksudnya) Bahawa baginda saw bersabda : "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)".

(Hadis dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046)

Hadis Nabi saw :

(Maksudnya) Disabitkan daripada Baginda : "Bahawa Baginda saw memakan tamar dengan 
mentega, memakan tamar dengan roti dan memakan tamar sahaja".

(Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud 3259, dan oleh Ibnu  Majah 3434)

Menurut Anas bin Malik r.a., rasulullah saw berbuka puasa dengan beberapa biji tamar yang segar sebelum menunaikan solat maghrib. sekiranya tidak ada kurma yang segar, Baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa ceduk air.

(Hadis riwayat Abu  Daud dan Tarmizi)

Sejarah Buah Kurma Dalam Al-Quran

Asal usul kejadian pokok kurma adalah lebihan tanah yang Allah SWT ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam selepas melahirkan anaknya Nabi Isa a.s. Siti Maryam telah diminta oleh Allah untuk menggoncangkan pohon kurma yang tumbuh di tempat melahirkan anaknya lalu gugurlah buah kurma masak dan dimakan oleh Siti Maryam. Kisah ini terkandung dalam surah Maryam ayat 25. Allah berfirman yang maksudnya, "Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu."


Itulah kali pertama buah kurma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam mendapat tenaga serta mengubati dirinya dengan khasiat kurma selepas lemah melahirkan nabi Isa a.s tanpa menggunakan herba yang lain. Memahami peristiwa ini, kami menasihatkan masyarakat Islam khususnya wanita agar mengambil banyak buah kurma semasa mula mengandung dan setelah melahirkan anak kerana kerana khasiat buah kurma sepertimana yang disebut dalam kitab perubatan Islam akan menyihatkan anak dalam kandungan dan menyihatkan ibu mengandung, memulihkan tenaga, membanyakkan susu serta memulihkan sistem peranakan kembali normal dan khasiat lain yang terlalu banyak untuk kesihatan.


Rasulullah saw dan nabi-nabi terdahulu amat menyayangi pokok kurma kerana ia dikatakan buah yang serasi dengan tumbuh badan manusia. Buah itu juga tidak berbau busuk kerana Allah SWT ingin memelihara kesuciannya di samping memudahkannya ditanam dalam keadaan cuaca panas kering melebihi 55 darjah celcius. Bahkan sepanjang buah kurma berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Inilah di antara rahsia buah kurma dan dengan hakikat kebaikan tamar ini kami jadikan KHAL bagi memenuhi kehendak perubatan Islam sebenar.

Kenapa KHAL Daripada buah Tamar (kurma)?

Perniagaan Qurba memilih buah tamar (kurma) untuk dibuat KHAL.

Kenapa dan apakah rahsia kebaikan buah kurma dalam perubatan Islam?

Kami cuba memenuhi kehendak kesihatan badan yang maksimum menurut Khazanah Perubatan Islam untuk masyarakat di Malaysia kerana buah kurma sangat penting untuk kesihatan badan.

Rahsia Kelebihan Amalan KHAL Oleh Orang Arab

Rahsia Kelebihan Amalan KHAL Oleh Orang Arab, Satu Pengalaman Aneh Melihat "Orang Arab Dapat Makan Kambing Panggang Seekor, Untuk Dua Tiga Orang".


Bermula dari tahun 1983, semasa saya menuntut di universiti Al-Azhar di Mesir, saya selalu berfikir dan menyelidik tentang rahsia perubatan Islam. Saya mendapati penggunaan herba untuk kesihatan badan sangat meluas digunakan di negara Mesir. Dapat dibuat perbandingan dengan negara kita Malaysia dengan kadar sepuluh kali ganda banyaknya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kedai-kedai herba yang terlalu banyak di Mesir dan kandungan herba yang berbagai-bagai jenis untuk perubatan yang bermacam-macam. Ini jelas terbukti bahawa tamadun perubatan Islam sudah lama bertapak serta diamalkan dengan kita melihat pula kitab-kitab perubatan Islam terlalu banyak, berjilid-jilid, dalam saiz yang besar dan tebal. Boleh dikatakan Khazanah Perubatan Islam ini terlalu besar dan terlalu kerdil untuk saya perkatakan.

Saya mengkaji rahsia dan kaedah makanan orang Arab di Mesir. Saya mendapati masyarakat Arab dalam cara pemakanan mereka sangat berbeza dengan masyarakat di Malaysia, mereka memakan sayur-sayuran yang tidak dimasak (mentah), banyak meminum jus buah-buahan dan yang penting sekali yang hendak saya nyatakan di sini ialah mereka banyak memakan jeruk buah timun, lobak merah (carrot), ubi lobak putih yang dijeruk dengan KHAL dalam makanan mereka. Mereka juga banyak meminum KHAL yang dicampurkan dengan madu lebah. SEjak dahulu lagi saya mendapati orang Arab makan dalam kuantiti yang banyak, dan yang anehnya saya melihat "seekor kambing yang dipanggang, dimakan habis untuk dua, tiga orang sahaja" tanpa mereka takut terkena darah tinggi, kolestrol, obesiti, kencing manis dan sebagainya. Inilah rahsia yang hendak diperkatakan di sini. Sememangnya memakan daging kambing dalam jumlah yang banyak adalah perkara biasa bagi masyarakat Arab tetapi ia amat berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Peristiwa memakan daging kambing tersebut boleh dirujuk kepada sesiapa yang pernah tinggal di negara Arab dan juga jemaah haji serta yang pernah melancong ke negara arab.

Sejak awal tahun 1983, saya cuba mencari jawapan, kaedah dan cara amalan permakanan masyarakat Arab. Hal ini kerana mereka jarang menghidapi penyakit akibat daripada cara pemakanan mereka sebaliknya mereka hidup sihat dan panjang umur.

Pada tahun 2004, saya pergi ke Mesir untuk membuat kajian yang lebih mendalam tentang perubatan Islam di sana khususnya tentang herba-herba, kaedah dan cara. Saya mendapat rahsia bagaimana dua tiga orang Arab boleh memakan seekor kambing panggang adalah kerana mereka mengamalkan KHAL. Ini disebabkan oleh sifat KHAL yang dapat memotong lemak, kolestrol, asid dan segala racun yang boleh melemahkan organ badan yang akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolestrol, diabetes, obesiti (gemuk) dan yang seumpamanya.

Saya belajar sendiri cara untuk membuat KHAL dan herba yang sesuai dimakan bersama KHAL untuk diperkenalkan kepada Masyarakat Malaysia, khususnya orang Islam  agar kesihatan kita bertambah baik sebagai persediaan awal agar terhindar daripada pelbagai penyakit. Jika kita mengamalkan KHAL, yang pentingnya kita tidak akan rugi masa, tenaga dan wang ringgit untuk selalu berjumpa dengan doktor. Kesihatan yang baik membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Inilah kebanggaan kami.

Oleh itu saya mengharapkan khususnya masyarakat islam di Malaysia agar menggunakan KHAL pada setiap hari dalam jangka masa yang lama, sebaiknya jangan diputuskan atau berhenti meminumnya kerana amalan ini diamalkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri sepertimana "minuman kesihatan sunnah Nabi-nabi" dalam  keterangan dan gesaan Baginda saw dalam hadis-hadis yang ditulis dalm risalah ini. Begitu juga gesaan ulama' perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka, serta disokong juga oleh perubatan moden Barat, China, Jepun, India dan sebagainya. Amalan meminum KHAL oleh orang-orang Arab sehingga ke hari ini menjadi bukti kepada kita bahawa warisan perubatan ini adalah lanjutan daripada perubatan Nabi saw.


KHAL ini amat berkesan sehingga berubah menjadi tabiat buruk orang Arab iaitu makan terlalu banyak seperti tabiat mereka memakan seekor kambing hanya untuk dua tiga orang sahaja. Amalan seperti ini sememangnya tidak baik dalam Islam tetapi mereka berani berbuat demikian kerana mereka meminum KHAL, dijadikan amalan harian mereka. Inilah rahsia KHAL terutamanya KHAL tamar kerana ia lebih berkesan daripada KHAL yang lain, kerana tamar mengandungi khasiat yang sangat tinggi dalam perubatan Islam dan menjadi amalan Nabi saw, serta gesaan Baginda untuk memakan buah kurma pada setiap hari, sekurang-kurangnya tujuh biji. keistimewaa tamar dapat dirujuk dalam risalah ringkas ini.

Kandungan Kesihatan Badan Dalam KHAL

Kenapa KHAL diperlukan oleh tubuh badan?

Menurut kitab perubatan Islam klasik, moden serta kajian buku-buku perubatan moden menyatakan bahawa KHAL adalah minuman yang kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) kerana peranan potassium menjadikan kulit tegang, tidak berkedut dan mencegah garis-garis halus di muka. Potassium juga berguna untuk kecerdasan, tidak letih dan malas bergerak serta kelihatan riang.

KHAL adalah makanan dan minuman kesihatan yang unik kerana ia bersifat asidik pada rasa tetapi berbahaya kepada tubuh. KHAL adalah minuman beralkali yang dapat mengimbangkan asid dalam badan manusia serta mengembalikan keseimbangan pH dalam tubuh.

Selain potassium dan asidik, KHAL juga kaya denganvitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL diperlukan oleh tubuh badan sebagai ejen pembersih badan, organ-organ dalam badan untuk menyingkirkan bakteria-bakteria negatif, kuman-kuman, bau badan serta memulihkan semua organ penting tubuh badan untuk bekerja dengan baik bagi mencapai kesihatan yang maksimum.

KHAL dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid dalam badan), memotong lebihan gula yang membawa kepada kencing manis (diabetes), memotong garam yang berlebihan akibat daripada pengambilan garam yang terlalu masin dalam makanan atau memakan terlalu banyak makanan yang membentuk garam yang tinggi. Akibat daripada pengambilan yang berlebihan, sistem darah dalam tubuh kita akan berisiko tinggi menghidapi masalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada penyakit strok atau lumpuh, badan terketar-ketar, lup, nyanyuk, dan sebagainya.

Secara ringkasnya KHAL sangat diperlukan oleh tubuh badan kerana penggunaan KHAL secara rutin (jangka masa panjang) akan mengurangkan keperluan kita berjumpa dengan doktor, tidak membazir wang, masa dan tenaga serta yang pentingnya kelihatan sihat dan dapat beribadat kepada Allah dengan baik, segar dan awet muda kerana KHAL adalah pemangkin kesihatan yang utama digunakan sejak berkurun lamanya sepertimana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku-buku perubatan Barat.

Kenyataan KHAL oleh Ulama' Perubatan Islam Silam

(Maksudnya) "Sebaik-bak hidangan ialah KHAL, kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati."

Saiyidina Ali (karramallah) berkata

(Maksudnya) "Minumlah oleh kamu KHAL, kerana KHAL dapat membunuh ulat-ulat (bakteria atau kuman) di dalam perut."

Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.), Oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida', Bairut, 1418H, muka surat 320,325.

Kebaikan KHAL menurut Ulama' Perubatan Islam terkenal iaitu Ibnu Sina (Tahun 370-428H) dalam kitab beliau Al-Quran fi Al-Tib Tahqiq dan Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, juzuk I, Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, muka surat 908-909.

(Maksudnya) KHAL dapat mencegah sebrang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit daripada kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.

(Lihat juga kitab, Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Ta'lik oleh Ridho 'Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420H, muka surat 725-727).

Kebaikan KHAL menurut Ulama' Islam terkenal iaitu Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah (Tahun 691-751H) dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi Darul Kitab Al-'Arabi, Bairut 1410H, muka surat 233.

(Maksudnya) KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan daripada ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat untuk masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

Hadis Nabi SAW Tentang KHAL

Sekiranya kita membuka kitab-kitab perubatan Islam, pada bab KHAL kita akan menemui satu catatan yang sangat meluas tentang KHAL. Begitu juga hadis Nabi SAW sangat banyak yang diucapkan sendiri oleh Rasulullah saw. Kami hanya memilih sebahagian sahaja daripada hadis-hadis tersebut, di antaranya:

Hadis Pertama :

(Maksudnya) Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis shahihnya dari Jabir bin Abdullah rd, bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : "Kami tidak mempunyai apa-apapun melainkan KHAL", lalu Baginda pun memintanya, lalu Baginda pun menyatakan: "Sebaik-baik hidangan adalah KHAL. Sebaik-baik hidangan adalah KHAL."

(Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi perkataan (maksudnya) "sebaik-baik hidangan adalah KHAL" diulang sebanyak 2 kali. Dalam kitab-kitab perubatan Islam mereka mengatakan tentang penegasan atau suruhan yang penting Rasulullah saw kepada umatnya memakan KHAL atas tujuan kesihatan tubuh badan serta dapat mencegah daripada terjadinya pelbagai penyakit yang berkaitan.

Hadis Kedua :

(Maksudnya) Terdapat dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said rd dari Nabi saw, "Sebaik-baik hidangan adalah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan janganlah terputus KHAL dalam suatu rumah."

(Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)

Perhatian : Kita dapat lihat dalam hadis kedua di atas betapa besarnya saranan dan penegasan daripada Rasulullah saw sendiri supaya kita menggunakan KHAL.

Pertama: Kita lihat sendiri doa Rasulullah saw dalam hadis di atas iaitu (maksudnya) "Ya Allah berkatilah pada KHAL". Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL. Dapatlah kita memahami betapa pentingnya KHAL untuk tubuh badan manusia sehingga didoakan oleh Baginda saw dan sudah pastilah pula doa Rasulullah saw itu dimakbulkan Allah kerana Baginda adalah hamba kekasih Allah.

Kedua: Hadis di atas, ada menyebutkan perkataan Baginda saw (maksudnya)," Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku", satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh para nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah minuman para nabi yang sudah pasti menjadi "minuman kesihatan sunnah para nabi-nabi" yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw, (maksudnya) "dan janganlah terputus KHAL dalam suatu rumah", ini dapatlah kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.

Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan penegasan dan galakan dari Rasulullah saw. Meminum KHAL sudah tentu menjadi sunnah yang perlu diamalkan kerana setiap daripada kata-kata Nabi adalah wahyu Allah dan Rasulullah tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah An-Najmu ayat 3 yang bermaksud,"dan tidaklah Muhammad itu  berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan." Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia serta rahsia kejadian insan ciptaan Allah, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambanya.

Hadis Ketiga:

(Maksudnya) "Celupan yang paling disukai oleh Rasulullah saw ialah KHAL."

Maksud celupan ialah makanan pertama yang dimakan sebelum memakan makanan yang seterusnya seperti Rasulullah saw meletakkan garam dahulu di lidahnya sebelum memakan makanan yang lain, begitu juga amalan Baginda terhadap KHAL.

Hadis Keempat :

(Maksudnya) Bersabda Rasulullah saw, "Makanlah oleh kamu KHAL kerana ia dapat membunuh bakteria-bakteria dalam perut."

(Hadis ketiga dan keempat dia atas dapat dilihat dalam Kitab Perubatan Nabi oleh Muhsin Aqil Darul Majjah Al-Baida', Bairut 1420H, muka surat 61, dan kitab Tibbul Aimmah, oleh Assayyid Abdullah Syubbir, juzuk Awal, Maktab Alalfain, 1410H, muka surat 192-193)

Apa Itu KHAL?

KHAL adalah nama dlm bahasa Arab yg bermaksud "suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar daripada jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar."


KHAL bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakkan orang ataupun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. KHAL adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat.

KHAL sangat terkenal dalam perubatan Islam, diamalkan sejak nabi-nabi terdahulu sampailah kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya diamalkan secara meluas oleh orang Arab sehingga ke hari ini. Begitu juga KHAL sangat diamalkan oleh penduduk dunia, di Eropah, Cina, Jepun, India dan sebagainya.

KHAL yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh ulama' perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka. KHAL ini tidak sama dengan KHAL biasa di pasaran kerana kebanyakkan KHAL di pasaran dibuat daripada buah epal. Tambahan pula syarikat ini mecampurkan madu & menyediakan herba-herba penting untuk kesihatan badan yang mana herba-herba ini sangat baik dimakan bersama KHAL demi kebaikan kesihatan yang maksimum. Produk KHAL keluaran Perniagaan Qurba juga dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran yang mana madu juga mempunyai khasiat tertentu utk kesihatan badan. Campuran herba & madu lebah bersama KHAL sangat digalakkan dalam kitab-kitab perubatan Islam.

Keistimewaan produk KHAL yang dipasarkan ini adalah bagi memenuhi kehendak tubuh badan, keberkesanan yang maksimum dan akhirnya kita dapat memartabatkan kembali "Khazah Perubatan Islam" di Malaysia. Khazanah ini merupakan aset yang sangat penting seiring dengan kebenaran Islam itu sendiri yang merupakan satu cara hidup yang lengkap dalam semua aspek kehidupan, termasuklah masalah kesihatan. Tetapi sayang sekali khazanah yang penting ini tidak begitu diambil perhatian yang serius oleh masyarakat Islam di Malaysia khususnya, maka Khazanah Perubatan Islam ini dicuri ambil oleh pihak Barat, diamalkan di sana secara meluas, diterjemahkan kitab-kitab perubatan Islam ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan sebagainya.